Monday, February 08, 2010



Kepada Semua Warga /Penduduk Rumah Teres , Semi D dan Banglo Seksyen 6 Kota Damansara.


Oleh kerana kes Denggi yang meningkat terutamanya di kawasan teres, Persatuan Penduduk Seksyen 6 Kota Damansara dengan kerjasama MBPJ akan mengadakan Gotong Royong Membersih Kawasan Bagi Mencegah Denggi yang akan diadakan se
cara dua peringkat:

1. Zon 1 : Teres Jalan Cecawi 6/7 - 6/13 (Mawar ); Teres Jalan Cecawi 6/14 - 6/17 (Jasmin Dahlia) dan Teres Jalan Cecawi 6/20- 6/26A (Mekar Teratai ).

Tarikh : Ahad 7hb Februari 2010 mulai jam 7.30 pagi - 12.00 Tengahari

Pusat Gotong Royong , Taklimat MBPJ dan Pameran : Kawasan lapang Jalan Cecawi 6/14C - depan rumah Ustaz Azmi/Zaidi

2. Zon 2 : Teres Jalan Cecawi 6/1,- 6/1C (Ixora ), Banglo/ Semi D Jalan Cecawi 6/ 3- 6/6B; Teres Jalan Cecawi 6/27 - 6/29B (Bakawali ) dan Teres 6/27- 6/31B (Lake side) ,.

Tarikh : Ahaf 7hb, Mac 2010 mulai jam 7.30 pagi - 12.00 Tengahari, .

Pusat Gotong Royong , Taklimat MBPJ dan Pameran : Kawasan Lapang Jalan Cecawi 6/27 (Depan Rumah Pak Yusof/ Padang Futsal )

Untuk makluman semua Gotong Royong terpaksa di Jalankan dua peringkat oleh kerna kekurangan peralatan MBPJ. Pemilihan Kawasan Zon 1/ Zon 2 berdasarkan keadaan kritikal; oleh kerana Teres Jasmin Dahlia mencatatkan kes Denggi yang agak Tinggi sejak November 2009.

Menjadi harapan agar dapat semua melapangkan diri membantu menjayakan gotong royong tidak kira Zon didiami.

Penduduk digalakkan membawa juadah untuk dinikmati bersama di Pusat Gotong Royong semasa Taklimat MBPJ jam 11.00 pagi.

Dilampirkan Flyer dan Poster untuk maklumat dan sekiranya ingin membantu mencetak untuk diedarkan.

Alpadzul Abu Hassan

Pengerusi PPS6KD